Tuesday, 24 June 2014

Aktiviti ICT

Assalamualaikum...

Selaras dengan Motto Kampung tengah Igan iaitu, Warga Cemerlang, Desa Gemilang penduduk kampung Tengah Igan juga tidak melepaskan peluang untuk menyertai kelas IT yang dijalankan secara berkala di Pusat Internet 1 Malaysia Igan.

Berikut merupakan beberapa gambar aktiviti yang telah mereka jalankan.

 1. bengkel internet dan email


 2. 1 Malaysia Training


3. 1 Citizen

 

4. Klik Dengan Bijak






 

 5. Kelas ICT yang dijalankan secara berkala

Warga Cemerlang, Desa Gemilang - Kampung Tengah Igan

Assalamualaikum...

Berikut merupakan serba sedikit maklumat berkaitan Kampung Tengah Igan, update Jun 2014.

Motto 

'Warga Cemerlang, Desa Gemilang'

Demografi

Jumlah penduduk = 583 orang
Bilangan penduduk lelaki = 295 orang
Bilangan penduduk wanita = 288 orang

Kaum = Bumiputera Sarawak

Kemudahan Asas / Infrastruktur

1. Jalan Kampung berturap
2. Jalan Simen
3. Jeti
4. Jambatan
5. Sistem parit dan longkang

Kemudahan Asas / Bekalan Air

1. Air terawat
2. Takungan air hujan

Kemudahan asas / Bekalan elektrik

1.Grid

Pusat Pendidikan

1. Sedidik
2. Tadika kemas

Capaian Akses Liputan

1. Internet
2. Telefon bimbit
3. Siaran televisyen
4. Siaran radio
5. Televisyen Satelit

Kemudahan masyarakat

1. Masjid
2. Balairaya
3. Pusat ICT (Pusat Internet 1 Malaysia Igan)
4. Bilik gerakan
5. Padang bola
6. Gelanggang permainan
7. Tapak perkuburan
8. Lampu jalan
9. Khidmat kutipan sampah

Friday, 20 June 2014

Sejarah Kampung Tengah Igan, Matu, Sarawak.

Assalamualaikum pembuka bicara buat pembaca blog Kampung Tengah Igan. Berikut serba sedikit sejarah asal usul kewujudan Kampung Tengah Igan, Matu, Sarawak.

Titik permulaan kewujudan Kampung Igan ialah di Sungai Tengah Kecil Igan iaitu Kampung Tengah Igan yang juga terletak di muara sungai Batang Igan. Mereka merupakan penduduk yang berasal dari Kampung Mudan dan Sungai Ilas. Kebanyakan penduduk pada masa itu tidak beragama (Pagan) kecuali beberapa orang penduduk yang berasal dari Mudan. Kehadiran mereka terbukti daripada beberapa penemuan barang-barang purba dan kawasan tanah perkuburan.

Pada awal penerokaan, hanya terdapat 15 buah rumah didirikan ditebing Batang Igan. Rumah mereka diperbuat daripada daun nipah. Kehidupan mereka bergantung sepenuhnya pada hasil pertanian dan tangkapan laut. Kehadiran Syed Mashur Abu Bakar Sakran dan beberapa orang pengikut telah mengubah kehidupan dan kepercayaan masyarakat kampung. Mereka mula menjadikan Islam sebagai panduan hidup.

Pertambahan penduduk yang semakin ramai telah menyebabkan penempatan baru diwujudkan iaitu di Kampung Pulau dan Kampung Baru Ismail.  Kesan daripada perkembangan penduduk, hasil nelayan dan petani serta pedagang tempatan mula meluas ke Igan. Faktor ini mewujudkan sebuah lagi kampung iaitu Kampung Baru Dagang Igan.

Sehingga kini, Kampung Igan merangkumi lima buah rangkaian kampung terdekat yang terdiri daripada Kampung Sekerang, Kampung Tengah, Kampung Pulau, Kampung Baru Ismail dan Kampung Baru Dagang Igan.